Monday, October 14, 2013

Santai Dengan Kawan Kawan di Lata Meraung, Jerantut

Assalamaulaikum semua..

13 Oktober yang lepas, sehari selepas tamat final exam kami Group AT1105B DPIM UiTM Pahang (Gen-48) mengambil peluang untuk bersama sama bersantai dan berbeku dekat Lata Meraung, Jerantut.

Ini kira last la, sebab sem depan ramai yang dah pergi practical pastu grad dan lepas tu bawa haluan masing masing. Sedihkan? Banyak kenangan telah dilalui bersama sama selama 2 tahun setengah kami di UiTM Jengka. Penuh warna warni, suka dan duka demi mencapai cita cita memiliki segulung diploma. Apa boleh buat setiap pertemuan mesti ada perpisahan. Itulah hakikat yang harus diterima.

Malas nak cerita banyak la, sedih tau tak.. Tengok jelah gambar ni..

Mirul - Peja - Lisa

2 SAHABAT BAIK : Alissa Anuar dan Syahirah Saibi

Errrmmm...

Ayam 6ekor hari tu telah dikorbankan :)

Bee Hoon goreng air tangan Srikandi AT1105B 2013. Kenapa Srikandi?

Selalu bergaduh dan berselisih faham tapi kami tetap kawan sampai bila bila
Semua orang mandi. Aku jer tak mandi :)

Seronok sangat berendam.

PEACE !!

p/s : Gambar ni aku curi jer dari Facebook Iffah dengan Adib.

Thursday, September 26, 2013

Pembunuh Dalam Senyap !!


Hye guys ,
Assalamualaikum :)

Sekarang ni tengah sibuk dengan final exam.. Tak tau la tidur pun dah tak tentu kadang kadang malam kadang kadang pagi , ini biasalah bila hujung hujung sem. Nak siap assignment yang tertangguh tu, pastu bila nak final study la Hahaha :)




Sem ni ada 6 subjek. Dalam keenam enam tu Land Survey dan Farm Management la yang payah sikit nak habaq mai. Bukan payah apa, kena mengira... ada formula.. Aku kalau ada calculation ni lemah selalu ! Aku nak menaruh harapan yang tinggi utk 2 subjek ni. Asal lulus ok la, boleh la sem depan pergi praktikal, klu "kantoi' duduk tunggu lagi la dekat Jengka ni ngulang.

Ok la, undur diri dulu. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, September 5, 2013

Reunion 5 Sains 2010

Assalamualaikum.

Lama dah tak update blog ni. Biasalah tak sempat nak update. Kalau nak ikuti perkembangan aku boleh follow aku di Twitter @amirul_far atau add aku di Facebook Amirul Farid Abdullah . Tapinya lebih aktif di Twitter la. Ok dah cukup la sebenarnya aku nak cerita pasal event 31 Ogos lepas. 

Pada hari Merdeka yang lepas telah diadakan satu perjumpaan bekas-bekas pelajar 5 Sains 2010 SMK Kota Gelanggi 2 bertempat di KFC Bandar Jengka, Maran, Pahang. Sebenarnya lama dah plan nak reunion tapinya tak pernah jadi ada jer halangan. Hasil daripada desakan Izzati Salleh, kami pun berbincanglah di group WhatsApp utk buat reunion. Kebetulan plak, masa tu budak degree tgh cuti. Kami ni yang masih terkial-kial menyiapkan diploma majoritinya dekat UiTM Jengka jer. Dekat aje, boleh la jumpa. Walaupun tak ramai dengan kehadiran 6/21 orang je, event ni tetap berjalan. Ni merupakan perjumpaan pertama dan perintis perjumpaan perjumpaan akn dtg.

Kemudian, gambar ni akan menceritakan apa yang berlaku pd hari Merdeka yg ke-56 lpd dkt KFC Bdr Pusat Jengka :-)

Kek Coklat dgn Blueberry. At last, kek blueberry habis.

Usop , Amin, Aku

Rohaya, Alyaa, Izzati

Gelak apa ntah ni.

Lepas kenyang melantak.

The latest pic with my friends since primary school

Lepas habis, diaorang terus ke Kuantan, lepak kat Teluk Chempedak katanya. Aku tak pegilah ikut diaorang. Berjalan sungguhlah. Lepas ni katanya nak buat perjumpaan kat Terengganu plak. Kali ni Alyaa in-charge. Dia jadi tuan rumah sbb dia dah memang duduk dekat UMT Terengganu. Harapnya jadi lah dgn penyertaan lebih ramai.




Sunday, April 14, 2013

Episod Akhir Semester 4.

Assalamualaikum guys !

Hari ni baru teringat dan ada ruang untuk aku membuat sedikit coretan disini. Ok, now dah ada dekat rumah. Hari ni 14.4.13 perjuangan aku dalam semester 4 dah berakhir dengan jayanya. So, lepas ni boleh lepak2 rileks2 selama dkt 2bulan laa. Bapak best kan cuti ! Hahaha.

Hari ni last paper ACC319 Cost and Management Accounting yang mengambil tempat di Dewan Indera Segara, UiTM Jengka dari jam 2.15 hingga 5.15PM. Habis tu terus berangkat pulang ke kampung halaman ni. Mcm jauh sangat jer kan Jengka dgn Kota Gelanggi :-) 

Sekarang rasa bebas. Tak tau nak buat apa. Tak ada perancangan lagi. Nak ajak family pegi jalan2 ke apa ke, cari kerja ke. Tak tau. Buku2 yg I beli dgn Baucer Buku 1Malaysia yg dekat 5-6buah dkt mphonline.com tu pun belum baca. So, I think ni la masanya nak perabih baca buku tu.

Nak bagi tau , la ni musim PRU13. Antara PRU yg sengit dan hangat setelah tsunami politik pd 2008 (PRU12) yg menyaksikan BN gagal di beberapa buah negeri - Kedah, Penang, Perak, Selangor n off coz KELANTAN ! So, PRU13 ni kita tgk lagu mana. Cuti ni I ada masa yg lebih utk mengkaji dan memerhati situasi politik tanah air. Tak yah dah nak bagi masa nak study buat assignment apa bagai. Aku ni mmg suka mengikuti perkembangan politik. Benci benor aku org muda yg kata Aku x suka politik, menyampah. Buat serabut kepala je dan mcm2 lagi. Tak paham la dgn org jenis mcm ni. Suka ke tak suka ke tp bila dah sampai seru umoq dah msk 21 hah daftar la sbg pemilih. Mengundi ni t'jwb tau, pilih la yg betul2 berkenan dan betul2 yakin dpt membela nasib hampa nanti. Salah pilih hampa merana. 5 tahun sekali jah benda ni nak habaq hang.

Adoidoii entry kali ni tetiba ja aku bicara soal politik. Haha, sorrylah... Semangat ni, bahang PRU13 ni yg dijadualkan berlansung pd 5Mei ni. Skrg ni, tgh tak sbr tunggu pengumuman Calon BN. * BN jah lain aku tak mau tau. Haruslah, aku penyokong BN !

Ok la. Sakat ni la dulu coretan aku, lagi panjang lagi melalut sat lagi.

Salam .



Tuesday, January 22, 2013

Episod 2 - Semester 4



Assalamualaikum semua . Salam 1 Malaysia.

Ok, pada petang Rabu yang penuh barakah ni gua nak sambung balik episod 2 untuk semester 4 ni.
Sebenarnya ni baru jer sampai rumah dari Bdr Jengka. Esok cuti Maulidur Rasul, Jumaat tak ada kelas pastu Sabtu dan Ahad pulak mmg sedia cuti. Jadinya mmg ramai la yg balik kampung baq hang, 4 hari cuti.

Oklah penceritaan episod 2 ni berdasarkan gambar dekat bawah ni :-





Macam ni lah keadaanya bila nak study. Sgt tak selesa tp, nak buat mcm mana. Nasib baik la ada kotak kayu insects collection ni, boleh jugak buat meja. Masa ni tgh study Human Resource , kena study la sbb esk tu ada test sdr dan saudari sekalian :) 



Haa kedapatan bbrp ekor belalang dlm balang gula - gula ( entah mana Peja rembat balang ni ). Ini sebahagian drp insect collection yang berjaya di tangkap utk esaimen Enthomology kami. Sayangnya belalang2 berkenaan xdpt digunakan utk insect collection sbb mati dulu krn dibiarkan terlalu lama dlm balang ni. Terlupa nak pindahkan dlm balang kelinjar dan matikannya. Seksa binatang ni. Adusss...



Nilah meja aku. Hahh meja?? Tak adalah, acah-acah meja la ni. Susun buku -buku dan barang dgn kemas, pastu alaskan dgn selimut (kebetulan ada 2 selimut). Ni je yang mampu sbb xnak tengok buku - buku bersepah. Mcm ni baru nampk kemas sikit. Tapi, bila aku xde dekat rumah sewa ni ada gatal2 tgn pegi ambil selimut ni buat kain langsir ! Supaya apa? Supaya depa boleh la tidur smp tgh hari dgn selesa tanpa silauan matahari. Puii !!!!

I think dats all for now. Bnyk lagi nak cerita tapi, nanti gua sambung dlm episod 3 plak boleh. Jam pun dah nak pukul 7 ni. Ada masa aku update lagi blog ni.

 Korang follow la akaun Twitter aku http://twitter.com/ami_farid 


Okla. See u later guys ! Assalamualaikum .





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, January 8, 2013

Baru Dimiliki (Buku Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Dato' Dusuki Ahmad.

Assalamualaikum , 

Entry ni saje saya nak kongsi buku yang baru saya beli bulan ni. Memang dah lama tengok dalam MPH Online tapi saya pesan terus melalui orang yang hampir dengan penulis buku ini bagi membolehkan saya dapaat autograf penulis.

Buku ni sebenarnya buku memoir / autobiografi. Saya memang meminati buku mcm ni, secara tak lansung saya dpt mengenali penulis / tokoh berkenaan dengan lebih dekat.

TUAN YANG DI-PERTUA.. Dari seorang budak kampung sehingga menjadi peneraju Parlimen.
Buku ini merupakah sebuah memoir Bekas Menteri Besar Perak yang juga Bekas Speaker Dewan Rakyat,
YDH Tan Sri Dato' Sri DiRaja Ramli bin Ngah Talib.
Buku ini di terbitkan oleh R A Fine Arts Sdn Bhd.
Saya beli ini dengan harga RM40.00 terus daripada R A Fine Arts Sdn Bhd

Tan Sri Ramli Ngah Talib menandatangani buku saya ini.
Saya pohon dari isteri beliau YM Raja Puan Sri Dato' Noora Ashikin Raja Abdullah.
Kakitangan R A Fine Arts Sdn Bhd yg menguruskan utk dapat autograf ni.
Menurut Puan Sri gambar di atas diambil dihadapan rumah kelahiran Tan Sri Ramli di  Pasir Salak.

Sebelum ni Tan Sri telah menulis beberapa buah buku dan yang baru ni Meniti Zaman juga di terbitkan
oleh R A Fine Arts Sdn Bhd. Buku ni berharga RM69.00 sebuah. Manalah nak cekau duit beli buku tu. Lagipun
buku ni mcm sejarah sikit sebab mengisahkan perjalanan hidup Tan Sri merentasi zaman pemerintahan Jepun, British dan
peristiwa2 penting spt penentangan org Melayu terhadap Malayan Union dan penubuhan UMNO.
Sekarang Tan Sri dalm proses menulis sebuah lagi buku. Sama - sama kita nantikan :)

AUTOBIOGRAFI DATO' DUSUKI AHMAD.. Dari Pondok ke Parlimen.
Buku ini mencatatkan perjalanan hidup Dato Dusuki Ahmad dari zaman kanak-kanak, persekolahan sehimgga
mennyertai UMNO, menjadi wakil rakyat, setiausaha politik Perdana Menteri dan seterusnya.
Buku ini diterbtkan oleh Yayasan Darul Hanan. Saya beli buku ini dengan harga RM39.00 terus dari Dato' Dusuki.

Dato sempat mencatatkan catatan kenangan buat saya pada buku tersebut.
Buat pengetahuan semua, Dato Dusuki Ahmad kini merupakan Pengerusi Amanah Raya Berhad.
Beliau mempunyai latar belakang pendidikan agama. Mendapat didikan dipondok , kolej Islam dan seterusnya ke Universiti al-Azhar Mesir.

Sekian. Ini saja yang dapat saya kongsikan dalam entry kali ni.

Regards,
MAFA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, December 30, 2012

Selamat Tahun Baru


Mengambil kesempatan ni mengucapkan
Selamat Tahun Baru 2013 kpd semua seluruh rakyat Malaysia tak kira di mana jua anda berada..

Semoga tahun baru ni membawa kerahmatan, kebahagiaan, dan kejayaan kpd kita semua.

Marilah kita bersama - sama rakyat Malaysia yg berbilang agama, bangsa dan warna kulit yg dijenamakan sebagai Bangsa Malaysia bekerja sbg satu pasukan atas semangat 1Malaysia untuk membawa keharmonian dan kejayaan negara Malaysia..

Unity is our strength ! Semoga tahun 2013 ni lebih baik dari tahun sebelum2 ni. Mudah2an, aminn...

Salam,
MAFA
31 Dis 12
Tmn Desa Jaya 2 @ 1.07am
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Instagram