Thursday, September 5, 2013

Reunion 5 Sains 2010

Assalamualaikum.

Lama dah tak update blog ni. Biasalah tak sempat nak update. Kalau nak ikuti perkembangan aku boleh follow aku di Twitter @amirul_far atau add aku di Facebook Amirul Farid Abdullah . Tapinya lebih aktif di Twitter la. Ok dah cukup la sebenarnya aku nak cerita pasal event 31 Ogos lepas. 

Pada hari Merdeka yang lepas telah diadakan satu perjumpaan bekas-bekas pelajar 5 Sains 2010 SMK Kota Gelanggi 2 bertempat di KFC Bandar Jengka, Maran, Pahang. Sebenarnya lama dah plan nak reunion tapinya tak pernah jadi ada jer halangan. Hasil daripada desakan Izzati Salleh, kami pun berbincanglah di group WhatsApp utk buat reunion. Kebetulan plak, masa tu budak degree tgh cuti. Kami ni yang masih terkial-kial menyiapkan diploma majoritinya dekat UiTM Jengka jer. Dekat aje, boleh la jumpa. Walaupun tak ramai dengan kehadiran 6/21 orang je, event ni tetap berjalan. Ni merupakan perjumpaan pertama dan perintis perjumpaan perjumpaan akn dtg.

Kemudian, gambar ni akan menceritakan apa yang berlaku pd hari Merdeka yg ke-56 lpd dkt KFC Bdr Pusat Jengka :-)

Kek Coklat dgn Blueberry. At last, kek blueberry habis.

Usop , Amin, Aku

Rohaya, Alyaa, Izzati

Gelak apa ntah ni.

Lepas kenyang melantak.

The latest pic with my friends since primary school

Lepas habis, diaorang terus ke Kuantan, lepak kat Teluk Chempedak katanya. Aku tak pegilah ikut diaorang. Berjalan sungguhlah. Lepas ni katanya nak buat perjumpaan kat Terengganu plak. Kali ni Alyaa in-charge. Dia jadi tuan rumah sbb dia dah memang duduk dekat UMT Terengganu. Harapnya jadi lah dgn penyertaan lebih ramai.




1 comment:

Instagram