Monday, March 21, 2011

Debaran Kian Terasa-SPM '10

Saat ini saya mula resah dan gelisah memikirkan keputusan SPM yang akan keluar pada 23 Mac nanti..Sebelum ini,ada ura-ura yang mengatakan keputusan SPM akan keluar pada 28 Febuari dan 14 Mac..Ternyata tarikh yang di berikan itu tidak benar apabila tiada pengumuman rasmi dibuat oleh pihak LPM...Ia hanya mendapat 'liputan' di laman sosial Facebook..


Macam manapun keputusan yang bakal diterima nanti saya akan terimanya dengan hati yang terbuka dan redha..Apa yang saya tahu,saya telah melakukan yang terbaik pada peperiksaan yang lepas..Sekarang sudah sedia untuk menerima kegembiraan atau kekecewaan...


Dalam dilema pun ada juga..Keluarga,saudara-mara dan guru-guru meletakkan harapan yang begitu tinggi..Malu betul kalau tak dapat satu A pun.Bahasa Melayu pun kalau tak dapat A memang malu betul,tak tahu mana nak letak muka ni...


Doakan saya mendapat keputusan yang cemerlang nanti...

Saturday, March 12, 2011

Salam Perkenalan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Salam 1Malaysia...


Pertama kali saya bersua dilaman blog ini.Entah bagaimana saya rasa terpanggil untuk menulis disini...Melihatkan ramai rakan-rakan saya yang sudah memiliki laman blog sendiri,saya juga turut tidak ketinggalan untuk memiliki laman blog sendiri...

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat saya Zuliyana Adnan yang telah banyak membantu saya dalam proses untuk membangunkan laman blog ini..Maklumlah saya ni bukanlah pandai sangat bab-bab ni tapi,saya cuba juga..Saya akan menulis apa sahaja yg terlintas difikiran saya dan perkara yg saya rasa perlu saya kongsikan bersama anda semua..

Sekian buat kali ini...




Instagram