Wednesday, January 18, 2012

BELANGSUNGKAWA - Allahyarham Ali Hasnan


Allahyarham Muhammad Ali Hasnan bin Mastor




Entry ni di tulis sempena ulangtahun kelahiran ke-19 Allahyarham Muhammad Ali Hasnan bin Mastor

Saya mengenali arwah semenjak saya berumur 5 tahun. Ketika itu, sama -sama sekolah di Pusat Literasi Keluarga FELDA Kota Gelanggi 2.

Kemudian, sama- sama sekolah tabika ,satu kelas dgn arwah.. Masuk tahun satu pun sama kelas dengan arwah di SK (LKTP) Kota Gelanggi 2. Sehinggalah tahun enam..

Masuk sekolah menengah beliau telah berpindah ke Kuala Lumpur .. Menyambung pelajaran diperingkat menegah di sana.

Banyak kenangan saya bersama arwah ketika hayat beliau.. Suka dan duka..

Tapi, pada awal tahun lepas saya dikejutkan dengan berita pemergian beliau..
Beliau meninggal dunia akibat kecederaan yang parah di sebabkan oleh kemalangan jalanraya di Putrajaya..

Saya dan rakan-rakan sungguh terkejut dengan berita pemergian beliau..

Sama2lah kita sedekahkan al-Fatihah kpdnya..
Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Thursday, January 5, 2012

#IMBAS KEMBALI - Zaman Sekolah Menengah

Haa.. Tetibe jer hari ni nak cerita pasal zaman sekolah menengah dulu.
Dah setahun meninggalkan bangku persekolahan tapi, baru hari ni nak post pasal sekolah dulu . .

Saya bersekolah di SMK Kota Gelanggi 2, Jerantut . .
Memang dari Tingkatan 1 sampai Tingkatan 5 sekolah dekat sini . .
Sekolah ni dekat jer dgn rumah, hanya 10 minit jalan kaki sampailaa . .


Pandangan SMK Kota Gelanggi 2 dari bahagian hadapan..
Pemandangan yg indah menyambut kedatangan sesiapa saja . .
Selama 5 tahun belajar dekat sekolah ni, dah belajar dgn banyak cikgu . .
Silih berganti. . Ada yg dah bertukar dan masih mengajar dekat sekolah ni. .

Tenaga Pengajar SMK Kota Gelanggi 2 -Sehingga Nov 2010
Terima kasih cikgu !
Yang ni pulak classmate saya masa Tingkatan 5. .

Berdiri barisan atas (L-R) :Yusof ,Hishlen , Megat Faiz , Hafiz , Amirul Farid,  Amin ,  Amirul  Hakim
Berdiri barisan tengah (L-R) : Rohaya, Farah Ain, Alyaa Najwa, Fatihah, Farhana, Zaidah
Duduk barisan hadapan (L-R) : Izzati, Nadia, Fatin Liyana, Pn. Rabi'atul (Guru Kelas), Ayu Idatull, Aisyah ,Zuliyana
Bersama Pn. Aizzah Ramli dan rakan-rakan yg mengambil subjek Biologi.

Hari-hari terakhair di SMK Kota Gelanggi 2 . .
Jamuan Akhir Tahun / Perpisahan 5 Sains 2010.

Nilah yg saya dapat kongsikan utk entry kali ni ..
Sekarang semua melanjutkan pelajaran di pelbagai institusi . . 


With best regards,
Amirul Farid Abdullah.

Sunday, January 1, 2012

Tahun Baru 2012






Pejam celik . . . . Pejam celik, tahun 2011 telah melabuhkan tirainya.

Macam perkara yang telah berlaku sepanjang tahun 2011 . . Tak mampu saya nak senaraikan satu per satu di sini.

Apa2pun diharapkan tahun 2012 ni membawa seribu kebahagiaan dan seribu kegembiraan kpd diri saya dan anda semua.

Sebenarnya saya sekarang sedang cuti pertengahan semester utk semester 2 selama satu minggu.. Sekejap jer dah masuk pertengahan semester..Maaflah kerana dah lama tak update blog kerana saya sibuk menjalankan tanggungjawab dan kewajipan saya sbg seorang pelajar..


# Tahun baru org sibuk azam baru.Saya tak ada pun sbb entahlaa, cakap jer.. nak buat ?? #


Regards,
Amirul Farid Abdullah.
Instagram