Saturday, November 26, 2011

Semester Baru,Roommate Baru,Pelajaran Baru. . .


Assalamualikum w.b.t.

21 Nov lepas dah mula semester baru. . Alhamdulillah, semester ni dapat lagi kemudahan kolej..Saya dapat bilik A4-11 bersama2 dgn rakan sekelas yg dipilih.. Memperkenalkan roommate saya semester ni :-


Nama: Nor Muhammad Faizal Azuan b Nordin ( Peja )
Asal: Setiu, Terengganu

Nama: Muhamad b Abdullah ( Mat )
Asal: Besut, Terengganu

Nama: Muhamad Hanis b Abd Razak( Yeop )
Asal: Shah Alam, Selangor

Letih jugalah semester ni, naik turu, naik turun tingkat 4.. Tak apalah exercise sikit. . .

Antara kursus baru yang saya daftar untur semester II ni adalah :-
  • AGR 112 Basic Landscape Plants
  • AGR 154 Plant Pathology
  • AGR 260 Field Practical
  • BEL 260 Intermediate English
  • CSC 134 Computer and Information Processing
  • CTU 151 Islamic Thought and Civilization
  • HBU 124 Red Cresent Society
Itu jelahh untuk semester ni. .




Monday, November 14, 2011

Fikirkan Boleh ! ! !


Kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011
khususnya calon dari SMK Kota Gelanggi 2, Jerantut saya ucapkan
Selamat Maju Jaya
Jawab elok-elok
Jadilah kebanggaan ibu/bapa anda..


http://www.youtube.com/watch?v=l7HZh0jzpNw


Fikirkan Boleh ! ! !  . . 


Regards,
Amirul Farid bin Abdullah

Friday, November 4, 2011

Akhirnya...Keputusan yg dinanti-nantikan

Assalamualikum wbt...
Salam sejahtera...
Salam 1Malaysia...
Salam khazanah alam...

(hahaha...semangat seyh)

JUMAAT, 04 Nov 2011 bersamaan 8 Zulhijjah 1432 Hijrah keputusan final exam pelajar diploma UiTM keluar secara rasminya.. Beberapa hari belakangan ni saya tak senang duduk memikirkan keputusan yg bakal keluar.. Mengikut Gerbang Maklumat Pelajar atau Student Portal keputusan keluar pada hari ni 4 Nov jam 9 pagi.

Nak cerita kehalnya, hari ni saya bangun awal, lepas solat subuh terus online.. First of all buka Facebook dulu. Ingat tak ada member yg online.. Rupa2nya dah ramai hamba Allah yg mengonlinekan diri Subuh2 hari.. Lepas check notifications, ada sorang classmate im saya tanya mcm mana result dan saya cakap tak tahu sebab belum boleh buka.. Dia bagi tahu yg result dah boleh tengok melalui email walaupun dekat Student Portal beritahu pukul 9.. Tanpa melengahkan masa saya terus buka email saya, hampeh tak ada pun.. Dah tak ada saya cakap tak apalah pukul 9 karang semak dekat Student Portal..


~ Baring2 jap . . . Sarapan . . . Baca surat khabar... Jam menunjukkan pukul 8.30 am~


Pukul 8.30 pagi online semula buka Facebook, ramai betul budak2 UiTM online.. Dalam kepala saya mesti mereka pun tunggu keputusan keluar.. Tepat jam 9.01 pagi saya buka Student Portal dan semak keputusan dia keluar Service Unavailable.. Punya tension dan akhirnya pukul 10 lebih baru boleh tengok..

Keputusannya..........................Alhamdulillah mencapai target saya. Walaupun tak dapat Anugerah Dekan tapi,bersyukurlah.. LULUS semua . . Lega sangat.. Setakat yang saya ketahui sehingga hari ni, tak ada lagi rakan saya yang kena repeat subjek tapi yang FAILED ada sorang.. Harapnya semua dapat keputusan yang elok laa.. Keputusan yg saya perolehi hari ni menjadi motivasi, penyuntik semangat utk saya berusaha dengan lebih gigih pada semester hadapan.. Harap semester depan dapat la Dean List , nak juga, paling tak pun sekali pun cukup laa..


Nilah gambar rakan2 sekelas.. Semoga semuanya berjaya mencapai cita-cita suatu hari nanti


Lusa semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha..Sekali lagi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kpd semua.. Bersama2lah kita menghayati erti pengorbanan yg sebenar..


With best regards,
MAFA
Instagram