Sunday, August 28, 2011

Kad Raya Aidilfitri 1432h

Kad raya SPB Yang di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Agong


Kad raya KDYMM Sultan Kedah

Kad raya KDYMM Sultan Pahang 

Kad raya DYMM Sultan Johor 

Kad raya DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Kad raya Pemangku Raja Terengganu

Kad raya YAB Perdana Menteri Malaysia

Kad raya YB ADUN Pulau Tawar

Kad raya YB ADUN Kuala Sentul

Seperti tahun-tahun lepas,aku masih lagi menghantar kad ucapan Selamat Hari Raya kepada pembesar-pembesar dan pemimpin negara sebagai tanda ingatan aku terhadap mereka.Dalam zaman teknologi maklumat kini,SMS , e-mel , e-kad , Facebook mahupun Twitter menjadi wadah untuk kita mengucapkan selamat hari raya tetapi, aku masih menggunakan kad konvensional kerana ia boleh di simpan dan lebih bermakna bagi aku.

Monday, August 8, 2011

Kem BPC Part I 2011


KEM BADAN PERTOLONGAN CEMAS (BPC) 2011
UiTM PAHANG KAMPUS JENGKA


Tarikh:
29-31 JULAI 2011

Tempat:
KEM SOLAR,UiTM PAHANG KAMPUS JENGKA

Perasmian Penutupan:
EN. PAUZI IBRAHIM
Penasihat Kor BPC UiTM Pahang.



Perbincangan dalam kumpulan.


Sebahagian peserta lelaki.

Tidur bergelimpangan...Kepenatan.

Mempelajari cara balutan.

Penyampaian hadiah oleh En. Pauzi Ibrahim.Mewakili ketua kumpulan.

Wednesday, August 3, 2011

Catatan 3 Ramadhan 1432H

Hai everybody !! Kita bertemu lagi....


Masuk hari ni dah 3 hari umat Islam di Malaysia berpuasa...Puasa tahun ni lain sikit bagi aku kerana aku tak duduk dengan mak dgn abah..Jadinya,aku jarang laa dapat berbuka puasa dengan mereka, hanya berbuka dengan rakan2 sebilik aje,,:-( Buka puasa dekat sini ala kadar je,hanya nasi, sebungkus air dan kadang2 ada laa sikit kuih yg dikongsikan dgn rakan2 sebilik.
(Namun,aku bersyukur dgn rezeki yg Allah SWT berikan,Alhamdulillah)


Nak cerita sikit..Sejak dua menjak ni aku sibuk sikit, al maklumlah dah nak dekat habis semester ni...Macam2 dgn kuiz,ujian ntah berapa banyak ujian,assignment,kokurikulum lagi..Dah 2 minggu aku tak balik rumah..Minggu lepas aku pegi Kem Badan Pertolongan Cemas (BPC) UiTM Pahang dekat Kem Solar..3hari 2malam yg betul2 menguji aku punya mental dan fizikal..Nanti ada masa aku kongsikan gambar2 corat-ceret semasa kem tersebut..Memang tension laa,aduhhh !!!..


Apa yang paling menyakitkan hati aku...Petang tadi aku pegi ladang nak siram pokok,dah dekat lima hari dah aku tak turun ladang..Betapa hancurnya hati aku apabila melihat habis pokok2 kangkung yg aku tanam baham di lembu,botak habis..Batas habis berlubang-lubang kesan tapak kaki lembu..Dah laa pokok tu baru nak membesar,pokok kacang panjang aku baru naik 4 pokok. Apalah aku nak jawab dengan Cik Amir nanti. Dengan batas semak ditumbuhi rumput dan pokok2 bayam yg tidak di tanam.. Tak puas hati betul laa sapa org yg terakhir balik dari ladang tak tutup pintu pagar..Aku anggap ni sbg satu cabaran dan satu ujian dari Allah SWT di bulan Ramadhan yg mulia ini.


Ya Allah, tolonglah aku tak nak repeat AGR 160 ( Field Practical ) untuk semester depan.. Engkau kasihanilah hambamu ni.. Engkau berikanlah aku kekuatan dan semangat untuk menempuhi hari2 yg mendatang..


Selamat Berpuasa kpd seluruh muslimin dan muslimat di Malaysia.

Mohamad Amirul Farid b Abdullah  - MAFA

Instagram