Wednesday, August 3, 2011

Catatan 3 Ramadhan 1432H

Hai everybody !! Kita bertemu lagi....


Masuk hari ni dah 3 hari umat Islam di Malaysia berpuasa...Puasa tahun ni lain sikit bagi aku kerana aku tak duduk dengan mak dgn abah..Jadinya,aku jarang laa dapat berbuka puasa dengan mereka, hanya berbuka dengan rakan2 sebilik aje,,:-( Buka puasa dekat sini ala kadar je,hanya nasi, sebungkus air dan kadang2 ada laa sikit kuih yg dikongsikan dgn rakan2 sebilik.
(Namun,aku bersyukur dgn rezeki yg Allah SWT berikan,Alhamdulillah)


Nak cerita sikit..Sejak dua menjak ni aku sibuk sikit, al maklumlah dah nak dekat habis semester ni...Macam2 dgn kuiz,ujian ntah berapa banyak ujian,assignment,kokurikulum lagi..Dah 2 minggu aku tak balik rumah..Minggu lepas aku pegi Kem Badan Pertolongan Cemas (BPC) UiTM Pahang dekat Kem Solar..3hari 2malam yg betul2 menguji aku punya mental dan fizikal..Nanti ada masa aku kongsikan gambar2 corat-ceret semasa kem tersebut..Memang tension laa,aduhhh !!!..


Apa yang paling menyakitkan hati aku...Petang tadi aku pegi ladang nak siram pokok,dah dekat lima hari dah aku tak turun ladang..Betapa hancurnya hati aku apabila melihat habis pokok2 kangkung yg aku tanam baham di lembu,botak habis..Batas habis berlubang-lubang kesan tapak kaki lembu..Dah laa pokok tu baru nak membesar,pokok kacang panjang aku baru naik 4 pokok. Apalah aku nak jawab dengan Cik Amir nanti. Dengan batas semak ditumbuhi rumput dan pokok2 bayam yg tidak di tanam.. Tak puas hati betul laa sapa org yg terakhir balik dari ladang tak tutup pintu pagar..Aku anggap ni sbg satu cabaran dan satu ujian dari Allah SWT di bulan Ramadhan yg mulia ini.


Ya Allah, tolonglah aku tak nak repeat AGR 160 ( Field Practical ) untuk semester depan.. Engkau kasihanilah hambamu ni.. Engkau berikanlah aku kekuatan dan semangat untuk menempuhi hari2 yg mendatang..


Selamat Berpuasa kpd seluruh muslimin dan muslimat di Malaysia.

Mohamad Amirul Farid b Abdullah  - MAFA

No comments:

Post a Comment

Instagram