Monday, September 24, 2012

Study Week


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, Salam 1Blogger kpd semua..

Sekarang dah masuk study week.. Maknanya apa? Maknanya final exam dah semakin makin dan amat hampir..

Hari ni hari pertama cuti study week, aku masih berehat lagi.. Sebenarnya banyak lagi kerja yg belum beres..
Semuanya nak kena submit minggu ni..
Assignment Project Account, Report ladang & assignment Soil Profile..

Sepatutnya semua dah beres dah sebelum study week tapi, tak tahulah semester ni slow sikit buat kerja..
Insha Allah semua assignment tu beres kot.. Bukan kot lagi, memang kena siapkan jugalah..
Baru boleh jawab exam dgn tenangkan?

Aku tak mengharap lebih untuk semester ni. Cuma kalau boleh nak dapatkan 3 point lebih lagi la walaupun tak DL..
Account adalah subjek yg paling sukar bagi aku utk sem ni.. Haraplah lulus, tak daya nak repeat subjek ni weyh !! BEL pun macam susah jugak.. Cuba jelah..

Ok, setakat ini sajalah coretan saya utk entry kali ni.. Jumpa lagi :-)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 18, 2012

Soil Profile



Ini gambar petang semalam ambil Soil Profile utk assignment Soil Science..
Assignment ni membawa kpd 10 markah carry marks.
Jenuh nak pantak paip PVC ni.. 5 kaki bhai.. Bukan senang..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 17, 2012

Hah ! Nak final dah !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all citizens !

Berjumpa lagi kita di entry kali ni.
Pejam celik pejak celik.. Dah nak hujung semester dah.
Rasa macam baru jer aku masuk Part 3.

Hari ni 17 September.. Berapa hari jer lagi nak menuju final exam pada 1 Oktober..
Tolak cuti.. Tolak makan, berak, tidur, tengok TV, online.. Berapa jam jer waktu nak belajar ?
Assignment pun bertimbun - bertimbun menanti utk disapkan dan dihantar menjelang study week..

Rasa macam baru jer 2 minggu yang lepas lecturer bagi assignment tuu.. Dah nak kena hantar !
Semester ni subjek yg agak sukar bagi aku sudah tentu FINANCIAL ACCOUNTING..
Tak tahulah kenapa susah sangat! Tapi tulah hakikat dia..
Yang lain2 tu rasa macam biasa jer, boleh laa kot..

Ni ha nak tunjuk subjek2 yang aku ambil untuk sem ni :-


Jadual exam kali ni pun dah keluar dah

Okay la jugak jadual kali ni.. Ada banyak juga gap terutama Account..
Sempatlah nak study sikit! Sikit.. HAHAHA

Okaylah.. Good luck lah kepada semua UiTMers yang akan ambil final exam tak lama lagi.
Doakanlah kejayaan kami !!


Oppss terlupa.. Masih belum terlambat utk sy mengucapkan Selamat Hari Malaysia 
yang jatuh pada hari semalam 16 September..
Semoga negara kita terus maju, aman dan makmur.. Kekalkan perpaduan dan toleransi dalam kalangan kita..

Okay, jumpa lagi di lain entry
Bye..Bye..

Thursday, September 6, 2012

Buku Tan Sri Mohamed Noah Omar

Hi semua,

Nak share dua hari lepas dapat lagi buku daripada
YB Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein
buat tambahan koleksi !


Buku Tan Sri Mohamed Noah - A Tribute dan Tan Sri Haji Mohamed Noah Tokoh Dua Zaman.
Haa secara kebetulan pada hari yang sama turut dapat balasan kad raya dari YB Dato Seri :)


Bahagian dalam ada autograf Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein.


Bahagian dalam kad raya.

Saya belum habis baca lagi buku ni, baru tengok2 gambar saje! Dalam cuti ni habis baca kot.
Secara ringkasnya buku ini padat dengan informasi mengenai tokoh Tan Sri Mohamed Noah ni
lengkap dengan gambar. Sesiapa yg ingin mengenali tokoh ni dengan lebih dekat boleh la dapatkan buku ini dipasaran.

Terima kasihlah kpd YB Dato Seri kerana memberi buku ini dan kakitangan Aras 12, Menara KDN Puan Idamoerni Zakaria dan Cik Nurul Jannah Hasnan kerana menguruskan pemberian buku ini.

Terima Kasih.

Regards,
MAFA.
Instagram