Monday, July 18, 2011

Yang Terkini

Lama sangat dah ni aku x update aku punya blog,dah bersawang dah ni..Sebenarnya bukan sengaja x nak update tapi,atas faktor masa aku x dapat nak update blog ni..

Pada 21 May lalu,aku secara rasminya bergelar Mahasiswa UiTM Pahang Kampus Jengka.Aku telah ditawarkan program Diploma Pengurusan Ladang.Walaupun aku sgt berharap dapat Diploma Pentadbiran Awam tapi,aku redha je,terima dgn hati yg terbuka.Mungkin yg ini lebih baik utk aku.Paling ak suka UiTM ni dekat je dgn rmh aku.

Kini dah hampir 2 bln ak dkt sana.. Belajar kira ok laa cuma,yg paling ak x bole bla belajar kimia ( CHM 138-Basic Chemistry ).Aku paling lemah kimia,dari sekolah lg,sbb tu aku dapat D kimia.Alhamdulillah,member dekat sana baik2,roommate pun ok.

Dag jadi perkara biasa bg aku,utk turun ke ladang boleh dikatkan hampir setiap hari..Biasala student DPIM..
Setiap pagi Jumaat,pukul 6.45 am dah kena ada dekat ladang, roll-call..Jadi,dah jadi rutin mingguan laa pagi Jumaat x mandi-x sempat.Habis roll-call mula praktikal (AGR 160 ).Mula2 dulu,menebas pastu,buat batas tapi sekarang dah tanam pun.Sekarang ni rileks la sikit.

Sekarang(ketika entry ini di tulis) dah cuti 'mid-sem' dah pun.Cuti seminggu,aku nak rileks sepuas-puasnya..Minggu depan kena pegi kem Badan Pertolongan Cemas (BPC) UiTM Pahang dekat dalam hutan-lemahnya laa sbb ak x suka kem.Tapi apakan daya aku wajib pegi,klu x semester depan kena repeat semula..Minggu depan lagi dah puasa,ermm cepat betul masa berlalu..Rasa baru lg puasa tahun lepas..




Student DPIM- AT110 1B   
Gambar Ehsan: Mohamad Nazli Hafiz b Embong
Instagram