Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Pertama 1433H

Assalamualaikum :)


Hari ni adalah hari pertama bagi umat Islam di Malaysia berpuasa.

Alhamdulillah sempurna sudah ibadah puasa aku pd hari ni.
Mula2 memang letih juga hari ni,sahur pun tak lalu nak mkn nasi. 
Hari ni pegi melawat tok dekat Felda Ulu Jempol.. Balik tu singgah Bazar Ramadhan Jengka dekat Balora Mastika. Itu yg letih sgt tu. HAHA


So, sekarang aku nak tunjuk menu juadah berbuka tadi :

Ada Gulai Ketam dgn Nanas , Ayam Masak Kicap dan Gulai Tempoyak Ikan Talapia.

Menu wajib tiap kali Ramadhan... Murtabak

A lots of kuihs - Akok, Karipap Telur, Samosa dan Karipap Sardin.


Hmmm... Tu jelah yang nak cerita :)
Salam..

Thursday, July 19, 2012

Family Day - DPIM 48 Generation, UiTM Pahang

Hye :-)

Kali ni nak share sikit event minggu lepas..
Pada 14 Julai (Sabtu) bertempat di Padang Hoki, UiTM Pahang Kampus Jengka 
telah diadakan Family Day 48 Generation DPIM Pahang bertemakan "Sense of Unity"..
Event ni telah dikelolakan oleh kami pelajar Semester 3/ Generasi ke-48 DPIM Pahang
dan dihadiri oleh semua pelajar DPIM Semester 1-6, para pensyarah dan para pegawai dan staf Unit Ladang, UiTM Pahang..

Untuk menggambarkan suasana pada hari berkenaan, nah tengokklah gambar2 dekat bawah ni :

SESI PENDAFTARAN ... Antara pelajar yg hadir.

Nilah badge yg kami dpt semasa pendaftaran.
Dekat belakang tu ada nombor bertuah.

Acara senamrobik.

Dari kiri: Izzanur (Ketua Generasi ke-48), Faizal, dan Basri.
~Jelas terpampang kemesraan mereka.. Sweetla u guys~

Acara tarik tali.

TARIK TALI...Nah sekali serbu bapak ramai. Sampai putus tali :)
That's what we call unity.. Makan sama-sama..

Ni jelah gambar yg dpt dikongsikan..
Event ni memang meriah dan berjaya dgn sokongan dan kerjasama dari semua pelajar..

Hahaha.. Uolss jgn la tanya kenapa gambar saya tak ada dekat atas yer :)
Sebenarnya sy hadir pada sebelah pagi jer, lepas makan balik sbb tak larat sgt demam terus balik rumah.
Kejikan ?? HAHA:D

Okay cukuplah tu.

"Unity Against Oddity"
"Sense of Unity"

Salam Ramadhan




Assalamualikum semua readers,

Takda apa nak update tp, just nak ucapkan
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak dan Selamat Berpuasa
kepada seluruh muslimin dan muslimat sekalian.


Semoga bulan Ramadhan pada kali ini memberi seribu rahmat kpd kita semua.
Juga Selamat Mengerjakan Solat Sunat Terawih 
bermula dengan kerahmatan, keampunan dan dijauhkan dari api neraka.

Salam

Friday, July 13, 2012

Collection from @HishammuddinH2O


Assalamualaikum semua -:)

Lama tak update blog. Macam biasalah busy dan takde masa adalah penyebabnya.
Tapi online Facebook dgn Twitter ada plak masa kan! HAHA :D

Entry kali ni akan saya kongsikan koleksi peribadi saya yg diperolehi dari
YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein - Menteri Dalam Negeri / Ahli Parlimen Sembrong

Tengoklah, betapa baiknya dan pemurahnya Dato Seri. Just request melalui Twitter jer.

Buku "Legacy of Honour" tulisan Zainah Anwar.


Legacy of Honour yg ditandatangani ekslusif oleh YB Dato Seri Hishammuddin
*Dato Seri wish me All the very best uolzz :)*
T-Shirt "Sembrong 13"Skuad Gempur Bermotor Pemuda UMNO Sembrong

Gelang Biru Komuniti Sembrong~Selalu pakai dan ada member cakap "Bro! ni Jengka bkn Sembrong la" , tak kisah :)  ~

Buku " Komando 69"

Komando 69 yg ditandatangani oleh YB Dato Seri Hishammuddin, IGP Tan Sri Ismail Omar dan Peg. Khas PDRM Kpd Menteri Dalam Negeri DCP Dato Wan Ahmad Najmuddin Mohd yg sy request dr Pn. Idamoerni (PA Dato Seri).



Rakan2 followlah akaun Twitter Dato Seri @HishammuddinH2O .
Follow juga akaun Twitter saya @ami_farid .
Dato Seri memang benar2 memanfaatkan media sosial utk berhubung dengan rakyat khususnya generasi muda yg celik IT kini.

Sekian sahaja.
 Salam mesra.



Instagram