Sunday, December 30, 2012

Selamat Tahun Baru


Mengambil kesempatan ni mengucapkan
Selamat Tahun Baru 2013 kpd semua seluruh rakyat Malaysia tak kira di mana jua anda berada..

Semoga tahun baru ni membawa kerahmatan, kebahagiaan, dan kejayaan kpd kita semua.

Marilah kita bersama - sama rakyat Malaysia yg berbilang agama, bangsa dan warna kulit yg dijenamakan sebagai Bangsa Malaysia bekerja sbg satu pasukan atas semangat 1Malaysia untuk membawa keharmonian dan kejayaan negara Malaysia..

Unity is our strength ! Semoga tahun 2013 ni lebih baik dari tahun sebelum2 ni. Mudah2an, aminn...

Salam,
MAFA
31 Dis 12
Tmn Desa Jaya 2 @ 1.07am
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 3, 2012

Episod 1 - Semester 4

Salam semua..

Kita bertemu kembali setelah sekian lama tak update blog ni.

Diam tak diam sekarang ni aku dah Part 4 - Boleh dikatakan senior jugak la kan.
LOL! *senior la sangat.

Semester baru bermula pd 3 Disember yg lepas.
Yer, aku masih lagi setia dgn AT1104B.. Mmg tak tukar.
Rumah sewa pun masih lagi menyewa di Taman Desa Jaya 2, Fasa II Bdr Jengka ni ha. Dengan housemates yg sama. Tak berubah. Haha

Farid pun tetap Farid mcm dulu. Tak berubah. Masih lagi SINGLE and available lagi laa.
Nak try boleh la.. HAHAHA ( Perlu ke cerita yg ni? )

Sem ni ada 7 subjek. Tak tahu lagi nak cakap susah ke senang.
Yg sem lepas pun kantoi satu paper *malunyer.
Yg pastinya sem ni hari Jumaat dah tak payah lagi dah turun ladang pepagi. Roll call pastu praktikal. Ha tak de lagi dah semua tu.
Hooraayyy !!!

Hmm tu jelah kot setakat ni nak cerita..
Harapannya semoga sem ni adalah lebih baik daripada se2 yg lepas.
Aku nak naikkan pointer dan CGPA balik.

Best regards,
MAFA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 24, 2012

Doktor Umum : Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad


Assalamualaikum Salam 1Malaysia.. Salam 1Blogger ...

Buku yang aku idam-idamkan telah pun berada di tangan ni..
Lama dah nak beli.. Tapi tangguh dulu..
Satu sebab harga dia RM100.00 , dua sebab dulu dalam versi English jer..
The Doctor in the House : Memoir of Tun Dr Mahathir Mohamad.
Baru ni dilancarkan dalam versi Bahasa Melayu.. Harga pun jauh lebih murah hanya RM59.90..
Nak cari dekat area Jengka - Jerantut, memang payah la nak jumpa buku ginikan?
So, aku mintak la sepupu tolong belikan.. Dia beli dkt Kinokuniya, KLCC..
Pastu pos la..
Buku ni menarik utk dibaca kerana ia merupakan catatan peribadi Tun Dr. Mahathir yg tak ada dlm mana-mana buku sebelum ni..
Terus dan telus dari Tun sendiri..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 24, 2012

Study Week


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, Salam 1Blogger kpd semua..

Sekarang dah masuk study week.. Maknanya apa? Maknanya final exam dah semakin makin dan amat hampir..

Hari ni hari pertama cuti study week, aku masih berehat lagi.. Sebenarnya banyak lagi kerja yg belum beres..
Semuanya nak kena submit minggu ni..
Assignment Project Account, Report ladang & assignment Soil Profile..

Sepatutnya semua dah beres dah sebelum study week tapi, tak tahulah semester ni slow sikit buat kerja..
Insha Allah semua assignment tu beres kot.. Bukan kot lagi, memang kena siapkan jugalah..
Baru boleh jawab exam dgn tenangkan?

Aku tak mengharap lebih untuk semester ni. Cuma kalau boleh nak dapatkan 3 point lebih lagi la walaupun tak DL..
Account adalah subjek yg paling sukar bagi aku utk sem ni.. Haraplah lulus, tak daya nak repeat subjek ni weyh !! BEL pun macam susah jugak.. Cuba jelah..

Ok, setakat ini sajalah coretan saya utk entry kali ni.. Jumpa lagi :-)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 18, 2012

Soil Profile



Ini gambar petang semalam ambil Soil Profile utk assignment Soil Science..
Assignment ni membawa kpd 10 markah carry marks.
Jenuh nak pantak paip PVC ni.. 5 kaki bhai.. Bukan senang..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 17, 2012

Hah ! Nak final dah !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all citizens !

Berjumpa lagi kita di entry kali ni.
Pejam celik pejak celik.. Dah nak hujung semester dah.
Rasa macam baru jer aku masuk Part 3.

Hari ni 17 September.. Berapa hari jer lagi nak menuju final exam pada 1 Oktober..
Tolak cuti.. Tolak makan, berak, tidur, tengok TV, online.. Berapa jam jer waktu nak belajar ?
Assignment pun bertimbun - bertimbun menanti utk disapkan dan dihantar menjelang study week..

Rasa macam baru jer 2 minggu yang lepas lecturer bagi assignment tuu.. Dah nak kena hantar !
Semester ni subjek yg agak sukar bagi aku sudah tentu FINANCIAL ACCOUNTING..
Tak tahulah kenapa susah sangat! Tapi tulah hakikat dia..
Yang lain2 tu rasa macam biasa jer, boleh laa kot..

Ni ha nak tunjuk subjek2 yang aku ambil untuk sem ni :-


Jadual exam kali ni pun dah keluar dah

Okay la jugak jadual kali ni.. Ada banyak juga gap terutama Account..
Sempatlah nak study sikit! Sikit.. HAHAHA

Okaylah.. Good luck lah kepada semua UiTMers yang akan ambil final exam tak lama lagi.
Doakanlah kejayaan kami !!


Oppss terlupa.. Masih belum terlambat utk sy mengucapkan Selamat Hari Malaysia 
yang jatuh pada hari semalam 16 September..
Semoga negara kita terus maju, aman dan makmur.. Kekalkan perpaduan dan toleransi dalam kalangan kita..

Okay, jumpa lagi di lain entry
Bye..Bye..

Thursday, September 6, 2012

Buku Tan Sri Mohamed Noah Omar

Hi semua,

Nak share dua hari lepas dapat lagi buku daripada
YB Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein
buat tambahan koleksi !


Buku Tan Sri Mohamed Noah - A Tribute dan Tan Sri Haji Mohamed Noah Tokoh Dua Zaman.
Haa secara kebetulan pada hari yang sama turut dapat balasan kad raya dari YB Dato Seri :)


Bahagian dalam ada autograf Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein.


Bahagian dalam kad raya.

Saya belum habis baca lagi buku ni, baru tengok2 gambar saje! Dalam cuti ni habis baca kot.
Secara ringkasnya buku ini padat dengan informasi mengenai tokoh Tan Sri Mohamed Noah ni
lengkap dengan gambar. Sesiapa yg ingin mengenali tokoh ni dengan lebih dekat boleh la dapatkan buku ini dipasaran.

Terima kasihlah kpd YB Dato Seri kerana memberi buku ini dan kakitangan Aras 12, Menara KDN Puan Idamoerni Zakaria dan Cik Nurul Jannah Hasnan kerana menguruskan pemberian buku ini.

Terima Kasih.

Regards,
MAFA.

Wednesday, August 29, 2012

Eid Mubarak 1433H

Assalamualaikum semua !

Rasanya masih belum terlambat utk saya mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

kepada semua.

Alhamdulillah hari ni kita berada dalam 10 Syawal dan ramai kawan2 yang dah start puasa sunat. 
Saya? Hmm belum lagi! Hehe..


Hah, yang ini gambar saya yg tak berapa nak handsome tuh !
Ke handsome pada pandangan korang? Sape cakap handsome saya bagi duit raya RM1. HAHA:D

Alhamdulillah hari raya kali ni disambut dengan penuh kegembiraan dan kesederhanaan.
Bersyukurlah dengan nikmat kurniaan-Nya !


Sesape nak makan kuih raya datanglah rumah. Ada lagi rasanya..
Masa raya pertama dulu mak buat laksa.. Kali ni memang banyak laksa mak aku makan..
Perah asam limau, hancurkan telur dalam laksa tu... Fuhhh mabelessss :)

Okay, cukup setakat ini saja untuk entry kali ni..
Semoga kita dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan tubuh badan yg baik agar dapat ditemukan lagi
dengan RAMADHAN dan AIDIL FITRI akan datang..

Salam,

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Pertama 1433H

Assalamualaikum :)


Hari ni adalah hari pertama bagi umat Islam di Malaysia berpuasa.

Alhamdulillah sempurna sudah ibadah puasa aku pd hari ni.
Mula2 memang letih juga hari ni,sahur pun tak lalu nak mkn nasi. 
Hari ni pegi melawat tok dekat Felda Ulu Jempol.. Balik tu singgah Bazar Ramadhan Jengka dekat Balora Mastika. Itu yg letih sgt tu. HAHA


So, sekarang aku nak tunjuk menu juadah berbuka tadi :

Ada Gulai Ketam dgn Nanas , Ayam Masak Kicap dan Gulai Tempoyak Ikan Talapia.

Menu wajib tiap kali Ramadhan... Murtabak

A lots of kuihs - Akok, Karipap Telur, Samosa dan Karipap Sardin.


Hmmm... Tu jelah yang nak cerita :)
Salam..

Thursday, July 19, 2012

Family Day - DPIM 48 Generation, UiTM Pahang

Hye :-)

Kali ni nak share sikit event minggu lepas..
Pada 14 Julai (Sabtu) bertempat di Padang Hoki, UiTM Pahang Kampus Jengka 
telah diadakan Family Day 48 Generation DPIM Pahang bertemakan "Sense of Unity"..
Event ni telah dikelolakan oleh kami pelajar Semester 3/ Generasi ke-48 DPIM Pahang
dan dihadiri oleh semua pelajar DPIM Semester 1-6, para pensyarah dan para pegawai dan staf Unit Ladang, UiTM Pahang..

Untuk menggambarkan suasana pada hari berkenaan, nah tengokklah gambar2 dekat bawah ni :

SESI PENDAFTARAN ... Antara pelajar yg hadir.

Nilah badge yg kami dpt semasa pendaftaran.
Dekat belakang tu ada nombor bertuah.

Acara senamrobik.

Dari kiri: Izzanur (Ketua Generasi ke-48), Faizal, dan Basri.
~Jelas terpampang kemesraan mereka.. Sweetla u guys~

Acara tarik tali.

TARIK TALI...Nah sekali serbu bapak ramai. Sampai putus tali :)
That's what we call unity.. Makan sama-sama..

Ni jelah gambar yg dpt dikongsikan..
Event ni memang meriah dan berjaya dgn sokongan dan kerjasama dari semua pelajar..

Hahaha.. Uolss jgn la tanya kenapa gambar saya tak ada dekat atas yer :)
Sebenarnya sy hadir pada sebelah pagi jer, lepas makan balik sbb tak larat sgt demam terus balik rumah.
Kejikan ?? HAHA:D

Okay cukuplah tu.

"Unity Against Oddity"
"Sense of Unity"

Salam Ramadhan




Assalamualikum semua readers,

Takda apa nak update tp, just nak ucapkan
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak dan Selamat Berpuasa
kepada seluruh muslimin dan muslimat sekalian.


Semoga bulan Ramadhan pada kali ini memberi seribu rahmat kpd kita semua.
Juga Selamat Mengerjakan Solat Sunat Terawih 
bermula dengan kerahmatan, keampunan dan dijauhkan dari api neraka.

Salam

Friday, July 13, 2012

Collection from @HishammuddinH2O


Assalamualaikum semua -:)

Lama tak update blog. Macam biasalah busy dan takde masa adalah penyebabnya.
Tapi online Facebook dgn Twitter ada plak masa kan! HAHA :D

Entry kali ni akan saya kongsikan koleksi peribadi saya yg diperolehi dari
YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein - Menteri Dalam Negeri / Ahli Parlimen Sembrong

Tengoklah, betapa baiknya dan pemurahnya Dato Seri. Just request melalui Twitter jer.

Buku "Legacy of Honour" tulisan Zainah Anwar.


Legacy of Honour yg ditandatangani ekslusif oleh YB Dato Seri Hishammuddin
*Dato Seri wish me All the very best uolzz :)*
T-Shirt "Sembrong 13"Skuad Gempur Bermotor Pemuda UMNO Sembrong

Gelang Biru Komuniti Sembrong~Selalu pakai dan ada member cakap "Bro! ni Jengka bkn Sembrong la" , tak kisah :)  ~

Buku " Komando 69"

Komando 69 yg ditandatangani oleh YB Dato Seri Hishammuddin, IGP Tan Sri Ismail Omar dan Peg. Khas PDRM Kpd Menteri Dalam Negeri DCP Dato Wan Ahmad Najmuddin Mohd yg sy request dr Pn. Idamoerni (PA Dato Seri).



Rakan2 followlah akaun Twitter Dato Seri @HishammuddinH2O .
Follow juga akaun Twitter saya @ami_farid .
Dato Seri memang benar2 memanfaatkan media sosial utk berhubung dengan rakyat khususnya generasi muda yg celik IT kini.

Sekian sahaja.
 Salam mesra.



Sunday, May 6, 2012

Assalamualikum

Hai semua,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Apa kabar semua.. Sorry krn lama sangat takupdate blog ni.. Sampai dah bersawang ,hahaha.. Maklumlah busy sikit sampai tak ada masa nak update blog ni ha, k0non.. Padahal broadband dah lama x bayar asyik online guna phone aje, malas sama.. Tu pasal tak berupdate blog ni. Apapun, selamat kembali berblog *Ucapan pada diri sendiri.

Sebenarnya, sekarang (ketika blog ni diupdate) dah cuti semester.. Sebulan dah duduk rumah, baki lagi sebulan lebih.. Ternak lemak jelah duduk rumah bukan buat apa pun. Result periksa pun dah dapat.

Sekarang tunggu nak masuk semula belajar, 11 hb Jun nanti.. Penantian penuh penyiksaan. Oklah< tak ada apa dah nak update. Kbai.




Wednesday, January 18, 2012

BELANGSUNGKAWA - Allahyarham Ali Hasnan


Allahyarham Muhammad Ali Hasnan bin Mastor




Entry ni di tulis sempena ulangtahun kelahiran ke-19 Allahyarham Muhammad Ali Hasnan bin Mastor

Saya mengenali arwah semenjak saya berumur 5 tahun. Ketika itu, sama -sama sekolah di Pusat Literasi Keluarga FELDA Kota Gelanggi 2.

Kemudian, sama- sama sekolah tabika ,satu kelas dgn arwah.. Masuk tahun satu pun sama kelas dengan arwah di SK (LKTP) Kota Gelanggi 2. Sehinggalah tahun enam..

Masuk sekolah menengah beliau telah berpindah ke Kuala Lumpur .. Menyambung pelajaran diperingkat menegah di sana.

Banyak kenangan saya bersama arwah ketika hayat beliau.. Suka dan duka..

Tapi, pada awal tahun lepas saya dikejutkan dengan berita pemergian beliau..
Beliau meninggal dunia akibat kecederaan yang parah di sebabkan oleh kemalangan jalanraya di Putrajaya..

Saya dan rakan-rakan sungguh terkejut dengan berita pemergian beliau..

Sama2lah kita sedekahkan al-Fatihah kpdnya..
Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Thursday, January 5, 2012

#IMBAS KEMBALI - Zaman Sekolah Menengah

Haa.. Tetibe jer hari ni nak cerita pasal zaman sekolah menengah dulu.
Dah setahun meninggalkan bangku persekolahan tapi, baru hari ni nak post pasal sekolah dulu . .

Saya bersekolah di SMK Kota Gelanggi 2, Jerantut . .
Memang dari Tingkatan 1 sampai Tingkatan 5 sekolah dekat sini . .
Sekolah ni dekat jer dgn rumah, hanya 10 minit jalan kaki sampailaa . .


Pandangan SMK Kota Gelanggi 2 dari bahagian hadapan..
Pemandangan yg indah menyambut kedatangan sesiapa saja . .
Selama 5 tahun belajar dekat sekolah ni, dah belajar dgn banyak cikgu . .
Silih berganti. . Ada yg dah bertukar dan masih mengajar dekat sekolah ni. .

Tenaga Pengajar SMK Kota Gelanggi 2 -Sehingga Nov 2010
Terima kasih cikgu !
Yang ni pulak classmate saya masa Tingkatan 5. .

Berdiri barisan atas (L-R) :Yusof ,Hishlen , Megat Faiz , Hafiz , Amirul Farid,  Amin ,  Amirul  Hakim
Berdiri barisan tengah (L-R) : Rohaya, Farah Ain, Alyaa Najwa, Fatihah, Farhana, Zaidah
Duduk barisan hadapan (L-R) : Izzati, Nadia, Fatin Liyana, Pn. Rabi'atul (Guru Kelas), Ayu Idatull, Aisyah ,Zuliyana
Bersama Pn. Aizzah Ramli dan rakan-rakan yg mengambil subjek Biologi.

Hari-hari terakhair di SMK Kota Gelanggi 2 . .
Jamuan Akhir Tahun / Perpisahan 5 Sains 2010.

Nilah yg saya dapat kongsikan utk entry kali ni ..
Sekarang semua melanjutkan pelajaran di pelbagai institusi . . 


With best regards,
Amirul Farid Abdullah.

Sunday, January 1, 2012

Tahun Baru 2012






Pejam celik . . . . Pejam celik, tahun 2011 telah melabuhkan tirainya.

Macam perkara yang telah berlaku sepanjang tahun 2011 . . Tak mampu saya nak senaraikan satu per satu di sini.

Apa2pun diharapkan tahun 2012 ni membawa seribu kebahagiaan dan seribu kegembiraan kpd diri saya dan anda semua.

Sebenarnya saya sekarang sedang cuti pertengahan semester utk semester 2 selama satu minggu.. Sekejap jer dah masuk pertengahan semester..Maaflah kerana dah lama tak update blog kerana saya sibuk menjalankan tanggungjawab dan kewajipan saya sbg seorang pelajar..


# Tahun baru org sibuk azam baru.Saya tak ada pun sbb entahlaa, cakap jer.. nak buat ?? #


Regards,
Amirul Farid Abdullah.
Instagram