Friday, November 4, 2011

Akhirnya...Keputusan yg dinanti-nantikan

Assalamualikum wbt...
Salam sejahtera...
Salam 1Malaysia...
Salam khazanah alam...

(hahaha...semangat seyh)

JUMAAT, 04 Nov 2011 bersamaan 8 Zulhijjah 1432 Hijrah keputusan final exam pelajar diploma UiTM keluar secara rasminya.. Beberapa hari belakangan ni saya tak senang duduk memikirkan keputusan yg bakal keluar.. Mengikut Gerbang Maklumat Pelajar atau Student Portal keputusan keluar pada hari ni 4 Nov jam 9 pagi.

Nak cerita kehalnya, hari ni saya bangun awal, lepas solat subuh terus online.. First of all buka Facebook dulu. Ingat tak ada member yg online.. Rupa2nya dah ramai hamba Allah yg mengonlinekan diri Subuh2 hari.. Lepas check notifications, ada sorang classmate im saya tanya mcm mana result dan saya cakap tak tahu sebab belum boleh buka.. Dia bagi tahu yg result dah boleh tengok melalui email walaupun dekat Student Portal beritahu pukul 9.. Tanpa melengahkan masa saya terus buka email saya, hampeh tak ada pun.. Dah tak ada saya cakap tak apalah pukul 9 karang semak dekat Student Portal..


~ Baring2 jap . . . Sarapan . . . Baca surat khabar... Jam menunjukkan pukul 8.30 am~


Pukul 8.30 pagi online semula buka Facebook, ramai betul budak2 UiTM online.. Dalam kepala saya mesti mereka pun tunggu keputusan keluar.. Tepat jam 9.01 pagi saya buka Student Portal dan semak keputusan dia keluar Service Unavailable.. Punya tension dan akhirnya pukul 10 lebih baru boleh tengok..

Keputusannya..........................Alhamdulillah mencapai target saya. Walaupun tak dapat Anugerah Dekan tapi,bersyukurlah.. LULUS semua . . Lega sangat.. Setakat yang saya ketahui sehingga hari ni, tak ada lagi rakan saya yang kena repeat subjek tapi yang FAILED ada sorang.. Harapnya semua dapat keputusan yang elok laa.. Keputusan yg saya perolehi hari ni menjadi motivasi, penyuntik semangat utk saya berusaha dengan lebih gigih pada semester hadapan.. Harap semester depan dapat la Dean List , nak juga, paling tak pun sekali pun cukup laa..


Nilah gambar rakan2 sekelas.. Semoga semuanya berjaya mencapai cita-cita suatu hari nanti


Lusa semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha..Sekali lagi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kpd semua.. Bersama2lah kita menghayati erti pengorbanan yg sebenar..


With best regards,
MAFA

No comments:

Post a Comment

Instagram