Friday, October 28, 2011

Cuti Semester Okt-Nov 2011

Hai,
Assalamualikum wbt..

Sebenarnya  saya dah lama cuti. Mula 4hb Okt hari tu lagi,lepas habis last paper 3hb tu terus balik rumah..Hah, sekarang tak yah dah pening2 fikir pasal periksa..Dah berjaya dah menjawab soalan2 periksa yg berkenaan dgn jayanya..Jawab jelah, keputusan dia tak tau lagi..Tunggu 4hb Nov ni,katanya result keluar hari tu.. Minta2lah keputusan yg akn terpapar diskrin komputer ni nanti mengembirakan saya, doakanlah semoga berjaya, kalau dapat 3.5 ke atas lg bagus..Dekan laa jawabnyer..HAHA

Cuti ni macam2 yg telah saya lakukan..8hb Okt hari tu saya ikut pak cik saya pergi ke Kuantan untuk menghadiri Program Tahsin al-Quran dan Program Haflah Perdana bersama Johan Qari dan Qariah Peringkat Antarabangsa..2 hari duduk Kuantan sampai 9hb. Sepanjang program tu berlansung kami tinggal dekat Hotel KOSMA, hotel budget jer..120 ringgit utk 2 hri.Hari pertama tuh, Kursus Tahsin al-Quran dekat Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.Kursus ni dikendalikan oleh 2 orang Johan Qari dan Qariah Peringkat Antarabangsa iaitu Hj. Yahya Hussin dan Hjh. Faridah Mat Saman..Saya pegi jelaa dengar,sebenarnya pergi teman Pak Cik saya ni. Dia byr yuran utk saya RM10/seorang utk 2 hari termasuk makan dan minum..

Hari ke-2 tuh Majlis Haflah Perdana bersama Johan Qari dan Qariah yg menampilkan YH. Dato' Hj. Ahmad Faizul Ghazali, Hj. Tarmizi Ali, Hj. Wan Ainuddin Hilmi Abdullah, Hjh Faridah Mat Saman, Hj. Yahya Hussin dan ramai lagi termasuk seorang qari dari Tanzania..Majlis dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Seri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob..Ingat nak tangkap gambar dgn MB tapi tak sempat dia kalut sangat sebab dia perlu ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat penting..Tak pelah tak ada reaeki mungkin lain kali..Lupa nak bagi tau, program ni anjuran Persatuan Tarannum Pahang.



YAB Menteri Besar Pahang menanyakan sesuatu kpd Pn. Hjh. Faridah Mat Saman sebelum menyampaikan  ucapan perasmian sambil diiringi oleh Tn. Hj. Khalil Zari, Imam 1 Masjid Negeri/Pengerusi Persataun Tarannum Pahang.



Hari2 berikutnya duduk rumah..Heaven sangat..Masa cuti ni ayah saya nak membaja di ladang sebab dah sampai pusingan dia dah..Rupa2nya hari tu aku kena pegi dengar ceramah Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) dekat Institut Memandu Sri Haja Holdings Sdn Bhd. Takpalah tak da rezeki, saya memang ingat nak tolong abah membaja tapi, nak buat macam mana, pulak tuh saya ni pelajar Diploma Pengurusan Ladang..Nak juga cari pengalaman, sebab sebelum ni abah serah dekat FELDA..Bosan jugak masa dengar ceramah KPP tu, tapi nak buat macam mana nak buat lesen sangat..Ambik nak sgt.Lepas tu kena ulang pegi amali dengan belajar..Ujian berkomputer nasib baik LULUS ( 47/50) walaupun x berapa yakin,hahahaaa...Malu jugak saya nak belajar kereta pasal tak tahu lansung bawa kereta, orang lain reti juga belajar parking naik bukit jer, saya baru terhegeh-hegeh nak belajo..Errmm sekarang ni pegi belajar jelah, nak test utk lesen moto tak boleh lg,kena tunggu sebulan baru boleh test..


Di kesempatan ni, nak ucapkan Selamat Hari Raya AIDILADHA yg bakal disambut pada 6hb Nov nanti (Ahad) kpd muslimin dan muslimat sekalian..Kepada mereka yg pergi menunaikan ibadah haji tu semoga mendapat haji yang mabrur.

p/s: untuk entry kali ni saya kembali membahasakan diri "saya" sbg saya agar lebih sopan.

No comments:

Post a Comment

Instagram