Tuesday, January 8, 2013

Baru Dimiliki (Buku Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Dato' Dusuki Ahmad.

Assalamualaikum , 

Entry ni saje saya nak kongsi buku yang baru saya beli bulan ni. Memang dah lama tengok dalam MPH Online tapi saya pesan terus melalui orang yang hampir dengan penulis buku ini bagi membolehkan saya dapaat autograf penulis.

Buku ni sebenarnya buku memoir / autobiografi. Saya memang meminati buku mcm ni, secara tak lansung saya dpt mengenali penulis / tokoh berkenaan dengan lebih dekat.

TUAN YANG DI-PERTUA.. Dari seorang budak kampung sehingga menjadi peneraju Parlimen.
Buku ini merupakah sebuah memoir Bekas Menteri Besar Perak yang juga Bekas Speaker Dewan Rakyat,
YDH Tan Sri Dato' Sri DiRaja Ramli bin Ngah Talib.
Buku ini di terbitkan oleh R A Fine Arts Sdn Bhd.
Saya beli ini dengan harga RM40.00 terus daripada R A Fine Arts Sdn Bhd

Tan Sri Ramli Ngah Talib menandatangani buku saya ini.
Saya pohon dari isteri beliau YM Raja Puan Sri Dato' Noora Ashikin Raja Abdullah.
Kakitangan R A Fine Arts Sdn Bhd yg menguruskan utk dapat autograf ni.
Menurut Puan Sri gambar di atas diambil dihadapan rumah kelahiran Tan Sri Ramli di  Pasir Salak.

Sebelum ni Tan Sri telah menulis beberapa buah buku dan yang baru ni Meniti Zaman juga di terbitkan
oleh R A Fine Arts Sdn Bhd. Buku ni berharga RM69.00 sebuah. Manalah nak cekau duit beli buku tu. Lagipun
buku ni mcm sejarah sikit sebab mengisahkan perjalanan hidup Tan Sri merentasi zaman pemerintahan Jepun, British dan
peristiwa2 penting spt penentangan org Melayu terhadap Malayan Union dan penubuhan UMNO.
Sekarang Tan Sri dalm proses menulis sebuah lagi buku. Sama - sama kita nantikan :)

AUTOBIOGRAFI DATO' DUSUKI AHMAD.. Dari Pondok ke Parlimen.
Buku ini mencatatkan perjalanan hidup Dato Dusuki Ahmad dari zaman kanak-kanak, persekolahan sehimgga
mennyertai UMNO, menjadi wakil rakyat, setiausaha politik Perdana Menteri dan seterusnya.
Buku ini diterbtkan oleh Yayasan Darul Hanan. Saya beli buku ini dengan harga RM39.00 terus dari Dato' Dusuki.

Dato sempat mencatatkan catatan kenangan buat saya pada buku tersebut.
Buat pengetahuan semua, Dato Dusuki Ahmad kini merupakan Pengerusi Amanah Raya Berhad.
Beliau mempunyai latar belakang pendidikan agama. Mendapat didikan dipondok , kolej Islam dan seterusnya ke Universiti al-Azhar Mesir.

Sekian. Ini saja yang dapat saya kongsikan dalam entry kali ni.

Regards,
MAFA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Instagram