Saturday, April 30, 2011

:: Seharian di rumah ::

Semakin hari aku duduk rumah semakin bosan..Tak tau nak buat apa..Hari-hari aku duk mengadap netbook ni berfacebooking..Sampai ada rakan yang menegur aku online sepanjang masa.Ohh,tidaklah sepanjang masa,ada juga masa aku off..Bohong sangatlah kalau kata sepanjang masa ni..Apa pun aku bersyukurlah sebab dapat netbook ni ihsan pemberian daripada kerajaan Barisan Nasional dan Celcom Broadband ni..Broadband ni ihsan daripada abang aku,dialah yang bayar tiap-tiap bulan.Aku hanya guna je..Syukur,alham dulillah.Kalau tak ada broadband dengan netbook ni,tak tahulah aku nak buat apa..Mati kutulah jawabnya.


Jadual aktiviti hari ni :-

Pagi
Sarapan , baca surat khabar ( Utusan Melayu & Sinar Harian ) , online
Tengah hari
Kenduri rumah jiran (Anak lelaki En. Wan Mahmud & Wan Azizah) , balik rumah online
Petang
Rehat , layan perasaan , layari blog , makan malam
Malam
Online , tidur


Hahh,ni lah aktiviti aku hari ni..Tak pegi kemana-mana pun.

~Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA kepada semua penjawat awam,swasta dan kepada mereka semua yang bekerja..Selamat bercuti~

No comments:

Post a Comment

Instagram