Friday, April 22, 2011

Corat-coret lepas habis sekolah

Hai,lama dah aku tinggalkan blog ni..Hari tu punyalah semangat tapi,oleh kerana terlalu asyik berFacebook lupa pulak aku nak update blog ni..Untuk entry kali ni aku nak cerita pasal perjalanan hidup aku lepas tamat Tingkatan 5 sementara menunggu keputusan SPM dan tawaran untuk melanjutkan pelajaran..

Lepas tamat peperiksaan SPM hari tu,aku tak tahu nak buat apa,duduk rumah jelah membesarkan perut.Huhu..Ada juga terfikir nak cari kerja sebab ada member aku budak lelaki ler ada dah yang pegi keje dekat Kuala Lumpurlah, Klanglah ntah kemana hala..Takkan aku nak duduk rumah jer,yang dapat PLKN tu lainlah..Masalahnya aku tak dapat PLKN.Tapi,seronok juga tak dapat PLKN ni..Dalam aku duk memikir nak cari kerja ni, Mak Cik aku pulak ajak aku duduk dengan dia,tolong dia dan dia akan bagi upah..Huh,macam "orang mengantuk disorongkan bantal"..Aku pun pegilah duduk dengan dia dkt Sg.Tekam..

Haa..tugas aku mudah jer,pagi-pagi tolong dia mesin kelapa..Pastu,rileks jelah...Kadang ada juga tugas-tugas khas yang diberi.."Faridddd,hang tolong kupas nanas ni sat,mak cik nak buat paceri" , "Farid,hang reti potong kacang panjang,haa hang tolong potong sat" , "Faridd,tolong ambil serai jap dekat mak cik",arahnya..Hehe..Pas dah siap tuh aku pun aku lagi,online Facebook ajelah..Pukul 11 pagi,aku pun angkat bawa turun lauk-lauk yang mak cik aku masak tadi hantar dekat kedai Pak Teh Man depan tuh..Tunngu jelah dekat kedai tu,tolong niaga,tukar duit,ambil nasilah dekat atas rumah dan macam-lagi...Bila petang pulak, angkat bekas-bekas lauk tu pastu basuh..Payah juga nak membasuh bekas tu,sebab berminyak sangat..Itulah rutin harian aku kecuali hari Jumaat dan hari yang dia tak meniaga..Dapatlah seminggu 50 ringgit,bila banyak cuti dapat sikit jelah bergantung kepada keadaan..Lepaslah duit top-up aku..

Tapi tak lama aku buat kerja-kerja ni..Dari bulan 1 sampai tengah bulan 4 jer..Saje je aku nak balik Kota Gelanggi nak duduk rumah..Dekat sini ada juga kawan,duduk dekat sana berkawan dengan sepupu aku jelah..Abdul Basit dengan Abdurrafiq,kembar diaorng nih..Bapoknya buasnya depa ni,kelahi sokmo..Sekarang ni aku tengah tunggu panggilan untuk masuk U lah..(kalau dapatlah kan)..Temuduga maktab dah tak dapat...

Itu jelah yang aku nak ceritanya..Saje nak kongsi dengan korang =)

No comments:

Post a Comment

Instagram