Tuesday, April 26, 2011

Perjalanan 26 April 2011

Hari ni aku bangun awal pagi untuk pergi dengar taklimat mengenai kursus untuk lepasan SPM di KFCH International Collage dan Lim Kok Wing University of Creative Technology anjuran FELDA.Aku ni pergi jer dengar taklimat dia dah orang suruh.Hari tu masa pegi Program Transformasi Generasi Baru FELDA pun dia dah beri penerangan.

Pagi-pagi lagi pukul 7.30 dah tunggu dekat Pejabat FELDA Kota Gelanggi 2.Lama juga tunggu dekat situ sebab tunggu budak perempuan.Semalam kata nak pergi tapi,bila tiba hari kejadian tak nak pegi pulak.Semua ikut kawan,nilah dia sikap budak sekarang yang tak ada pendirian yang tetap dan jati diri.Lepas tu,SDA pun pergilah rumah kawan aku sorang tu yang kata nak pergi semalam,pergi turut dia.Dia tak nak pergi,tapi mak dia suruh juga pergi.Hahaha..kena paksala tuh..Kebetulan Tuan Pengurus dengan Pengerusi JKKK nak pergi mesyuarat dekat kilang sawit,jadi dia pegilah hantar kami dulu dekat Dewan JKKK FELDA Jengka 8.

Dekat sana cuak juga aku tengok,tak ramai pun manusia..Budak lelaki sorang pun tak kenal tapi,aku buat kering jer..Dengarlah taklimat daripada En. Nazib daripada KFCH International Collage.Pastu,berhenti rehat dan selepas itu,En. Azli Yusuf dari Lim Kok Wing University of Creative Technology pula mengambil tempat untuk memberi taklimat mengenai kursus-kursus yang ditawarkan dan kemudahan yang disediakan.Habis majlis bersurai sekitar jam 12 tengah hari.Pastu,telefon Tuan Pengurus suruh dia ambil,dia kata dia tengah mesyuarat..Nasib baik SDA telefon suruh tunggu dia nak datang jemput..Lega ingat tak ada sape ngambil,tak balik jawabnya..


No comments:

Post a Comment

Instagram