Monday, September 26, 2011

Final Exam Semester 1

Hai , Assalamualaikum...


Sekarang ni aku tengah sibuk dengan 'final exam' untuk semester ni.. Hah, dah nak habis dah semester ni. Sekejap jer rasanya.. Rasa baru macam semalam mak dengan ayah aku hantar aku dekat UiTM Jengka ni.
Tapi itulah hakikatnya.. Sabun cuci pakaian yang bawa masa mula2 datang ke sini pun belum habis guna lagi..
HAHAHA macam mana nak habisnya, berapa kalinya jer aku basuh baju dekat sini.. Pantang ada cuti,asal boleh balik tak ada apa2 program, aku balik rumah.. Maklumlah rumah dekat jer dari sini. 

Berbalik kepada cerita pasal 'final exam' tadi, sebenarnya ia telah bermula pada Isnin minggu lepas bermula dengan kertas BEL..Meh sini, aku nak cerita satu persatu..

19 September 2011-Isnin
BEL 120 Consolidating Language Skills.
Ini paper mula2 sekali..BEL ni aku tak study mende pun..Cuma, malam sebelum exam tuh aku tengok contoh ayat jer untuk buat essay.

20 September 2011-Selasa
CTU 101 Fundamentals of Islam
Hah, subjek ni nak tak nak memang kena baca jugalah buku..Masa study week hari tuh aku baca lah juga nota untuk subjek ni dekat rumah..Baca gitu2 jer masa malam sebelum exam tuh barulah serius giler,fokus pada subjek ni.Alhamdulillah soalan yg keluar tak susah sangat tak senang jugak..

26 September 2011-Isnin
CHM 138 Basic Chemistry
Huh, nilah yang aku paling lemah sekali..Ini kena banyak buat latihan dan faham konsep dia. Masa balik rumah, aku tengok sikit jer nota-nota dan jalan kerja untuk cari jawapan.. Hari Sabtu,masa balik sini ramai member2 yg serius study..buat soalan passed year. Tengok orang lain study barulah...Aku pun cepat2 download soalan dan bincang dgn member..Tension memang tak ingat..Soalan dia tadi ada yang aku boleh buat,ada yang boleh buat separuh dan ada yang tak boleh buat langsung..Tapi,banyaklah yang jawab dari yang di tinggal kosong..Aku harap sangat2 lulus sebab aku tak nak dah repeat subjek ni semester depan.

Akan datnag ni aku akan periksa:-

30 September 2011-Jumaat
MAT 112 Business Mathematics

3 October 2011-Isnin
AGR 122 Plant Science

Tinggal 2 paper jer lagi...Mood memang dah tak sabar dah nak balik cuti semester. Cuti semester ni selama 6 minggu. Semester hadapan start 21 Nov tak silap.

Doakanlah kejayaan aku..Aku kalau bleh nak pointer 2.5 dan ke atas. Kalau dapat 3.00 ke atas tuh lagi bagus.. Dekan ??? Hermm..tak tau nak cakaplah..

Salam,
MAFA

1 comment:

  1. SALAM....saya merupakan student utk sem 1, so still zero about bis math. boleh x awak tlg saya selesaikan bbrp soalan bisness math... kalau ada contoh soalan exam biz math. saya yang amat perlukan bantuan... tq

    ReplyDelete

Instagram